Little Paris
Hello! Wallo!

Assalamualikum! Hi I'm Farzana . Welcome to My Paris Town. Gomawo!


Entries About Linkies Stuff


Walking Talking

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.
Boleh request Tuto kat sini.
Click 'Hantar' sekali sahaja.

Code CBox korang kat SINI!

Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   


Kehidupan kita yg semakin berubah :')


Assalamulaikum . . Hello earthling :))

Tanpa kita sedari, perjalanan kehidupan kita dari masa ke semasa berputar dan mengikut perubahan secara 

perlahan lahan.. Dan semakin lama semakin kita asyik dengan perubahan yang berlaku dan kadang 

mengizinkan satu rasa yang semakin hilang dan pudar..Perasaan yang hadir di dalam jiwa kita sering berubah 

dan beralih arah.. Tanpa kita sedari dan juga perasan akan perubahan yang berlaku.. Pasti akan ada merasakan 

hilang satu arah atau rasa..Kita menanti tentang sesuatu yang tidak pasti~Di dalam kehidupan kita sehariaan 

menempuh dengan pelbagai rintangan dan cabaran di dalam mencari satu keutuhan jiwa di dalam diri sama ada 

kita kuat atau mampu mencari satu hakikat.. Mencari satu keyakinan di dalam diri dalam membawa watak diri 

mencari perubahan demi perubahan..Jiwa yang hidup adalah jiwa yang sentiasa inginkan perubahan.. Jiwa 

Mukmin inginkan hari ini yang sedang dilaluinya lebih baik dari semalam.. Ibadahnya bertambah baik, akhlaknya 

juga bertambah baik begitu juga dengan keadaan jiwanya dan seluruh yang berkaitan dengan dirinya..Jika derita 

akan menjadi masa lalu, mengapa harus dijalani dengan sepedih rasa, sedang ketegaran akan lebih indah untuk 

dikenang nanti.. Jika kesedihan akan menjadi masa lalu, mengapa tidak dinikmati saja, sedangkan ratap dan 

tangis tak akan merubah apapun.. Jika kesalahan akan menjadi masa lalu, mengapa harus tenggelam 

didalamnya, sedangkan berubah itu lebih utama..Masa lalu adalah sejarah yang tak mungkin akan dapat diubah 

ubah.. Masa sekarang ada jalan ke masa hadapan.. Sewajarnya, perbaikilah diri sendiri untuk menjadi yang 

lebih baik pada masa hadapan.. Kadang kita rasakan cinta itu telah mati di dalam jiwa kita, kita salah dalam 

memberi pengertian pada diri sendiri.. Sedangkan cinta tidak pernah mati dalam kehidupan kita.. Cuma kita 

yang sendiri tidak mahu mengaku cinta itu masih adaKita menyerah untuk berkata kita salah, bukan bermakna 

menunjukkan kita telah tewas dan lemah.. Bukan menunjukkan kita kalah di dalam pengertian yang luas.. Tapi 

kita beralah demi sesuatu kemungkinan yang kita sendiri masih samar..Secara fitrahnya, semua jiwa sama ada 

beriman (mukmin) atau tidak inginkan hari esok yang lebih baik dari hari ini.. Cuma tidak semua manusia yang 

dapat melakukan perubahan kepada keadaan yang lebih baik.. Ada yang tidak tahu apakah perubahan yang 

harus dilakukan dan ada yang tidak tahu titik mula untuk melakukan perubahan..Kadang kita tidak dapat 

menerima teguran dari seseorang.. Kerana kita amat merasakan diri kita jauh lebih hebat dari dia.. Kerana kita 

punyai sikap yang sombong akan diri.. Kerana kita tetap ada ego yang makin memuncak dan semakin kita 

hilang akan jati diri..Bentuk perubahan yang perlu dilakukan lebih mudah dikesan oleh kita tetapi seringkali kita 

gagal mengesan dimana titik mula perubahan.. Kita seringkali juga melakukan perubahan tetapi malangnya 

kebanyakan besar perubahan yang kita lakukan hanya tertumpu pada perubahan-perubahan kecil..Biarlah diri 

kamu di tinggalkan, hati kamu dilukai dan malam kamu di kelam sunyi dengan tangis dalam hati.. Biarkan saja.. 

Benarkan kesedihan itu dibawa arus sedih yang bertamu dalam kabus dingin.. Kerana kesabaran itu adalah 

penawar pada duka.. Bersabarlah duhai hatiItulah kita, kita berubah.. Merubah dan diubah.. Sama ada suka atau 

tidak.. Sedar atau tidak.. Kita akan melalui prosesnya..Tiada lagi merasakan satu rasa kini.. Aku menoleh 

memandang di mana letaknya mentari.. Di dalam mencari sinarnya hati.. Bila senyuman tidak semanis dulu 

lagi.. Bila apa yang ada kini cuma khayalan dinihari.. Menghitung dan mengira hingga suatu hari nanti.. Yang 

tampak jelas cumalah suramnya hati.. Hingga sampai suatu masa aku jua akan mati..Nota:Entry yang agak 

berat, lebih menyentuh tentang  perubahan diri.. Di mana jiwa itu semakin lama semakin merasakan kosong 

tanpa ada pengisian.. Kerana diri merasakan jauh pada satu perubahan..