Little Paris
Hello! Wallo!

Assalamualikum! Hi I'm Farzana . Welcome to My Paris Town. Gomawo!


Entries About Linkies Stuff


Walking Talking

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.
Boleh request Tuto kat sini.
Click 'Hantar' sekali sahaja.

Code CBox korang kat SINI!

Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   


Surat Cinta Untuk Hawa ;)



Assalammualaikumwarohmatullahiwabarakatuh ,
Pertama sekali saya nak minta maaf sekiranya kedatangan surat ini menganggu awak . Ada satu perkara yang ingin saya katakana kepada awak . Saya harap awak dapat terima sebaiknya .
Semalam ketika saya berjalan ke dining , saya terdengar dua orang student perempuan ni sedang cakap pasal seseorang . Awak nak tahu diorang kata apa : “ Eh , cuba kau tengok budak perempuan tu , tak malu langsung berpakaian macam tu . Terdedah sini , terdedah situ . seronoklah tu bila lelaki-lelaki tengok tubuh dia yang seksi tu .” Sebaik sahaja mereka berkata macam tu , tergerak hati saya untuk melihat gerangan siapa yang mereka perkatakan tu . Alangkah terkejutnya saya orang tu adalah awak . Saya sangat terasa apabila mereka mengata awak , sebab awak kawan baik saya . Saya sedih sangat , dulu awak tak macam tu pun . Kemudian tiba-tiba ada seorang mamat ni datang dekat awak terus kiss pipi awak . Astagfiruallahalazim terkejut saya .
Awak ,                                            
Saya betul-betul sedih tengok awak macam tu . Dulu awak seorang yang lemah lembut , baik hati dan menjaga aurat awak . Tapi kenapa awak berubah ? Awak tak ingat ke masa kita kat kampung dulu , kita selalu pergi dengar ceramah daripada Ustazah Naimah . Awak ingat tak ustazah pernah berbicara tentang maruah seorang wanita . Kalau awak tak ingat , saya remind balik apa yang ustazah pesan tu ya , Ustazah kata , sebagai seorang wanita Islam kita harus menjaga aurat dan batas pergaulan kita daripada seorang yang bukan muhrim . Haram bagi seorang wanita mempamerkan tubuh badannya sehingga menaikkan nafsu kaum Adam . Aurat bagi seorang wanita adalah seluruh anggota tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan . Wanita haruslah menjaga auratnya daripada terlihat oleh orang yang bukan muhrim . Kemanisan iman itu pasti dirasai bila kita benar-benar menjaga aurat kita . Itu yang ustazah pesan , awak ingat tak ?
Awak ,
Lagi satu ustazah ingatkan kita . Bila kita dah jatuh hati pada seorang lelaki , kita kena pandai jaga diri . Jaga maruah kita sebagai seorang wanita . Jangan sewenang-wenangnya memberi  apa sahaja kehendak teman lelaki kita sehingga tiada lagi tersimpan kesucian diri dan rohani kita . Ustazah kata : “ Peliharalah kesucian hati dan berikanlah hanya untuk yang satu iaitu Allah SWT . Namun bilamana seseorang menitip rasa sayang kepadamu , berikannya dalam kalimah ucapannya yang benar dan sah untuk memperolehi keredaan ilahi .” Saya harap awak masih mengingatinya .
Awak ,
Itu saja yang ingin saya sampaikan kepada awak . Saya harap lepas ni awak boleh jaga diri sebaiknya . Akhir kata , semoga ukhwah kita akan terus berpanjangan dan saling kasih-mengasihi  antara satu sama lain .
Salam sayang dariku ,
Sahabatmu .